TUNAS -- Merakyatkan Ekonomi Selangor Diteruskan!




SEBAGAIMANA yang dijanjikan, Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) diteruskan. Hasil Negeri Untuk Rakyat ditepati, semaksimum mungkin. Kini, satu lagi program MES telah dilaksanakan mulai dari 1 Julai 2012.


TUNAS atau Skim Bantuan Tadika Selangor telah memulakan langkah bagi memberikan manfaat yuran untuk kanak-kanak TADIKA yang layak di Negeri Selangor. Asalkan rakyat Selangor yang layak akan memperoleh manfaat ini.


Manfaat ini berupa yuran sebanyak RM50.00 setiap bulan bagi menampung yuran TADIKA kanak-kanak yang layak. Bukan dalam bentuk tunai tetapi dalam bentuk yuran, disalurkan terus kepada TADIKA yang berdaftar dan layak. Jumlah ini adalah besar, disalurkan setiap bulan dan pasti dapat meringankan beban yuran TADIKA. Kanak-kanak di Negeri Selangor adalah aset penting Kerajaan Negeri Selangor. Mereka berhak merasai sama Hasil Negeri Untuk Rakyat yang akan terus dilaksanakan selagi Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Selangor.


TUNAS adalah satu lagi bukti janji Kerajaan Negeri Selangor sentiasa ditepati. TUNAS juga bukti nyata, Hasil Negeri Untuk Rakyat semua peringkat umur, tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan fahaman politik. Asalkan rakyat Selangor yang layak, berhak menikmati Hasil Negeri Untuk Rakyat.



Majlis Penyerahan Cek Skim TUNAS Peringkat Negeri Selangor di Foyer SUK pada 15hb November 2013. Di sempurnakan oleh YB Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor - YB Dr. Hjh. Halimah Ali





Manual Petugas Tadika sila klik link ini : http://www.e-tunas.org/system/pemohon/manual.pdf

Statistik tunas sehingga 30.11.2012 http://e-tunas.org/modules/news/article.php?storyid=11


Berita Terkini

  • STATISTIK MES: Dari 2008 hingga 31.12.2012   [2013/2/22]
    Muat turun Statistik MES 31 Disember 2012 - Klik di sini

    1. Jumlah Pembayaran Program MES sehingga 31.12.2012



    ...

  • Tunas Sasar 5,000 Dapat Bantuan Tadika Tahun Depan   [2012/12/24]
    SEPANG 24 DIS : Syarat permohonan Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) bakal dilonggarkan bagi meluaskan penyertaan ke dalam skim itu ke 5,000 penerima tahun hadapan.

    Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr...

  • 2013: Lebih ramai dapat bantuan tadika   [2012/12/7]
    PETALING JAYA - Dalam membantu keluarga berpendapatan rendah mendapatkan pendidikan pra-sekolah, Kerajaan Negeri memperuntukan dana RM3 juta untuk tahun depan bagi Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas).

    Kerajaan Negeri juga mensasarkan...

  • STATISTIK MES :Dari 2008 hingga 30.09.2012   [2012/11/16]
    Memaparkan Jumlah keseluruhan yang sudah dibelanjakan oleh kerajaan Negeri Selangor di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor sehingga 30.09.2012

    ...

  • Sistem Pengkalan Data Tunas - Modul Petugas DUN & Tadika   [2012/10/4]
    Sistem Pengkalan Data Tunas kini sudah dibuat pernambah baikan dengan tambahan modul untuk Petugas DUN dan Tadika.

    Semua Petugas DUN dan Tadika boleh menggunakan modul berkenaan untuk mengakses maklumat-maklumat berkaitan Program Tunas...

  • Sistem Pengkalan Data Tunas   [2012/7/24]
    Pihak RMSB dengan sukacita memaklumkan Pengkalan Data untuk Sistem Bantuan Tadika Selangor (Tunas) sudah siap dibangunkan sepenuhnya. Sistem tersebut telahpun diuji secara menyeluruh dan dibuat penambahkan yang diperlukan mengikut saranan pengguna....

  • TUNAS dilancarkan pada 1 Julai 2012   [2012/7/15]
    SHAH ALAM, 2 JUL: Ibubapa di Selangor yang berpendapatan rendah kini boleh memohon untuk bantuan menghantar anak mereka ke tadika melalui Skim TUNAS di syarikat Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) di Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, Jalan Indah, Seksyen...

Makluman

  • Borang Permohonan Boleh Didapat Sekarang   [2012/7/15]
    Ibu Bapa atau Penjaga yang layak boleh mendapatkan borang permohonan untuk memperoleh manfaat Skim TUNAS dari Rantaian Mesra Sdn. Bhd. Borang ini percuma. Borang juga boleh diperoleh dari TADIKA yang layak, tempat anak belajar pra-sekolah.

Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) di FaceBook

Bantuan SEGERA

Aduan MES

img_124785260bc7077518.jpg

Terkini

Sehingga 30 hb April 2014, terdapat 10,629 orang kanak-kanak dan 546 buah tadika telah berjaya didaftarkan ke dalam pengkalan data e-tunas di bawah Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas).

Petugas DUN / Tadika boleh mengakses data berkenaan melalu link berikut:
http://www.e-tunas.org/system/

Untuk semak permohonan tanpa userid / password sila klik link berikut:
http://e-tunas.org/system/pemohon

Semak Permohonan

status.jpg

Pra-Daftar Pemilik Tadika

pradaftar.png

Muat Turun Flyer & Borang

dl.jpg

Statistik Tunas

img_3057250da73a47e9f1.jpg

Pautan

img_26255002db88cd0ca.png
img_212385002dd044090c.png
img_188055002de57ae33f.png
img_98915004343854d4f.png

Selangorkini Atas Talian

SelangorKini Edisi Ogos 2014

>> Arkib SelangorKini : Klik sini